Disiarkan pada
APLIKASI AIR SELANGOR MUDAHKAN PENGGUNA: PENYELE SAIAN SECARA DIGITAL
Kuala Lumpur: Segalanya mudah di hujung jari anda! Itu manfaat yang dinikmati pelanggan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menerusi aplikasi Air Selangor.
Dilancarkan pada 2018, aplikasi Air Selangor yang boleh dimuat turun melalui peranti Android, iOS dan Huawei ini bukan setakat membolehkan pengguna menyemak dan membuat pembayaran bil air bulanan secara dalam talian tetapi juga meningkatkan pengalaman pelanggan melalui penyelesaian digital.
Tambahan pula, aplikasi ini memudahkan pengguna untuk membaca maklumat terkini mengenai bekalan air dan mendapatkan informasi dan berita terkini di tab ‘Berita’.
Lebih menarik, pengguna boleh menyemak bil air terkini dan terdahulu, serta meneliti sejarah pembayaran di tab ‘Akaun’. Pembayaran bil juga boleh dilakukan dengan beberapa langkah mudah menggunakan bank pilihan dalam aplikasi ini.
Bagi memudahkan lagi pengalaman pengguna menggunakan aplikasi ini, sebarang pertanyaan, aduan, atau maklum balas boleh dikemukakan di tab ‘Bantuan’.
Ketua Pegawai Eksekutif Air Selangor, Adam Saffian Ghazali juga berkata pihaknya komited memberikan perkhidmatan yang terbaik dan sentiasa menjadikan pengguna sebagai teras inovasi dalam memacu kecekapan operasi Air Selangor.
“Ini selari dengan misi Air Selangor untuk memberikan pengalaman terbaik kepada 9.62 juta pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya,” katanya.
Segalanya di hujung jari
Menerusi pelbagai transformasi digital yang dilaksanakan, Air Selangor berjaya mempertingkatkan mutu perkhidmatan dan menyediakan bekalan air terawat yang bersih dan selamat kepada 9.62 juta pengguna di Selangor, Kuala Lumpur, dan Putrajaya.
Bukan itu saja, aplikasi yang merangkul Malaysia Technology Excellence Awards 2021 di bawah kategori ‘Mudah Alih – Utiliti’ untuk Aplikasi Air Selangor dan Aplikasi Mudah Alih Operasi (OMA) ini, menawarkan pelbagai ciri canggih dan menarik kepada pengguna.
Selain itu, jika sebelum ini pengguna mengambil inisiatif untuk menghubungi pihak Air Selangor bagi menyelesaikan pelbagai urusan, termasuk membuat aduan mengenai kerosakan dan kebocoran yang kadang kala memerlukan masa yang lama, kini semua itu sudah tidak perlu.
Ini kerana, meskipun pengguna menerima maklumat dan jawapan yang tepat untuk setiap pertanyaan, namun proses itu mungkin memakan masa terutama dalam menerima kemas kini terkini.
Menerusi kemudahan teknologi digital secara menyeluruh yang ditawarkan aplikasi ini, pengguna tidak perlu lagi mengunjungi halaman media sosial Air Selangor untuk mendapatkan maklumat berkaitan apabila berlaku sebarang gangguan bekalan air.
Pengguna boleh mengetahui kawasan yang terjejas oleh gangguan bekalan air dengan pemakluman status terkini dalam masa nyata menerusi aplikasi Air Selangor tersebut untuk mendapatkan maklumat serta status terkini berkenaan gangguan bekalan air berjadual dan tidak berjadual di kawasan terbabit.
Ingin melaporkan insiden paip bocor atau paip pecah? Aplikasi ini memudahkan pengguna memandangkan mereka tidak perlu menunggu lama untuk bercakap dengan pegawai khidmat pelanggan. Sebaliknya, laporan boleh dibuat terus dalam aplikasi Air Selangor. Ianya mudah dan cepat serta dapat membantu memelihara sumber air kita lalu memainkan peranan sebagai pengguna berhemah.
“Ini selari dengan misi Air Selangor untuk memberikan pengalaman terbaik kepada 9.62 juta pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya,” Ketua Pegawai Eksekutif Air Selangor, Adam Saffian Ghazali.
e-Bil mudahkan pemantauan bil dan pembayaran
Dahulu, pelanggan bergantung kepada bil cetakan bulanan yang dihantar ke rumah.
Kini, dengan bil secara elektronik (e-Bil), ia membolehkan pengguna mengakses bil terkini, mengurangkan risiko bil hilang atau lambat terima serta membolehkan pembayaran dilakukan dengan mudah dan pantas, di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa.
Dengan e-Bil, pengguna akan menikmati kemudahan menerima bil air melalui e-mel atau aplikasi WhatsApp yang didaftarkan setiap bulan secara percuma dan mudah.
e-Bil ini juga turut menyokong inisiatif kelestarian dengan mengurangkan penggunaan kertas, menjadikan proses lebih mesra alam.
Dengan peralihan ini, Air Selangor berupaya untuk meningkatkan kecekapan perkhidmatan dan menyokong kelestarian alam sekitar sekali gus mengurangkan impak jejak karbon individu, selari dengan Visi Tenaga Net Zero 2040 Air Selangor bagi mencapai sasaran karbon sifar bersih menjelang 2040.
Pengguna boleh mentransformasikan cara mengurus bil air dengan mendaftar e-Bil hari ini di https://update.airselangor.com atau muat turun aplikasi Air Selangor.
Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi Air Selangor di www.airselangor.com.
Diterbitkan oleh Harian Metro pada 30 Ogos 2024.