Disiarkan pada
Bidal Air
Apakah itu Bidal Air?

Cara Pemasangan Bidal Air
Pengagihan Bidal Air
Kami berbesar hati kerana telah dijemput sebagai salah seorang panel penceramah untuk mempromosikan kesedaran tentang amalan pemuliharaan air daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) baru-baru ini, sempena sambutan Hari Air Sedunia 2025.
Rakan sejawat kami, Nurul Farhana Abd Aziz dari Unit Penjimatan Air, telah menyampaikan ceramah bertajuk “Conserving Water, One Person at a Time” bersama pakar-pakar air lain daripada SPAN dan Indah Water Konsortium (IWK).
Menerusi ceramah ini, Farhana telah berkongsi pandangan mengenai inisiatif kami dalam mempromosikan penggunaan air yang mampan serta kaedah penjimatan air yang praktikal, yang boleh diamalkan oleh orang ramai di rumah dan dalam kehidupan seharian.
Kami ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada SPAN (penganjur) dan Petrosains (rakan kerjasama) di atas kejayaan penganjuran acara ini dan kami amat berbesar hati dapat menjadi sebahagian daripada inisiatif ini. Untuk info lanjut mengenai tip penjimatan air yang bijak dan praktikal, muat turun Air Selangor Water Handbook di sini




