Man Made Marvels | The Rasau Water Supply Scheme terbitan Discovery Asia

Berkhidmat untuk 9.1 juta pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya, Air Selangor, penyedia perkhidmatan air terbesar di Malaysia, mengenal pasti urbanisasi dan perubahan iklim sebagai cabaran yang boleh menjejaskan kelestarian air kerana permintaannya yang semakin meningkat dalam mendapatkan bekalan air terawat yang bersih dan selamat.

Skim Bekalan Air Rasau, sebuah projek loji rawatan air mega, bertujuan mempelbagaikan sumber air yang seterusnya dapat menjamin ketersediaan bekalan air masa hadapan. Apabila siap sepenuhnya pada tahun 2030, projek ini dijangka menyumbang kepada peningkatan ketara sebanyak 1,400 juta liter air terawat sehari yang dapat menunjukkan keupayaannya sebagai langkah penyelesaian yang kukuh kepada urbanisasi dan perubahan iklim.

Ingin tahu lebih lanjut tentang kecemerlangan bidang kejuruteraan dalam pengurusan air masa hadapan di Malaysia melalui projek mega ini, tonton dokumentari bertajuk “Man Made Marvels – Skim Bekalan Air Rasau” terbitan Discovery Asia.

AirSelangor #RasauWaterSupplyScheme #SkimBekalanAirRasau #ManMadeMarvels #DiscoveryAsia #ClimateChange

Video Cadangan