Disiarkan pada

Air Selangor celebrated the orphans from Pusat Jagaan Rumah Kesayangan, Petaling Jaya

Menerusi inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR), Sesama Mara, Air Selangor telah meraikan anak-anak yatim daripada rumah kebajikan Pusat Jagaan Rumah Kesayangan, Petaling Jaya dengan membawa mereka membeli-belah sebagai persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Dalam pada itu, Air Selangor juga mengambil kesempatan menyantuni anak-anak yatim tersebut dengan jamuan berbuka puasa bagi bersama-sama menikmati suasana Ramadan.

Dalam pada itu, Air Selangor juga telah mengagihkan bubur lambuk kepada rumah anak yatim, keluarga B40 dan komuniti setempat di Masjid Jamek Ar-Rahimah, Kuala Kubu Baru, Hulu Selangor dan Masjid Makmuriah, Sungai Besar, Sabak Bernam.

Di bawah payung Sesama Mara juga, Air Selangor mengagihkan bantuan barangan makanan asas Box of Hope sebanyak 100 kotak kepada keluarga B40 di Flat Seri Kenari, Kajang. Sejak mula diperkenalkan pada 30 Jun 2020, sebanyak 5,175 kotak Box of Hope telah diagihkan kepada keluarga B40 di sekitar Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Ingin mengambil berat mereka yang kurang bernasib baik? Adakah anda ingin menyertai kami untuk menyumbang barangan makanan asas kepada golongan kurang bernasib baik melalui inisiatif CSR Sesama Mara kami? Dapatkan info lanjut di https://www.airselangor.com/sesamamara/

—–

Under its corporate social responsibility (CSR) initiative Sesama Mara, Air Selangor celebrated the orphans from Pusat Jagaan Rumah Kesayangan, Petaling Jaya by taking them shopping in preparation for Hari Raya Aidilfitri. Additionally, Air Selangor also took the opportunity to treat the children to an iftar feast to enjoy the atmosphere of celebrating Ramadan together.

Air Selangor also distributed bubur lambuk to orphanage homes, B40 families and the local community at Masjid Jamek Ar-Rahimah, Kuala Kubu Baru, Hulu Selangor, and Masjid Makmuriah, Sungai Besar, Sabak Bernam.

Under the Sesama Mara umbrella, Air Selangor distributed 100 Box of Hope, consisting of essentials food items, to the B40 families in Flat Seri Kenari, Kajang. To date, a total of 5,175 Box of Hope boxes has been distributed to B40 families around Selangor, Kuala Lumpur and Putrajaya since this programme was introduced on 30 June 2020.

Care for the less fortunate? Do you want to join us in donating basic food necessities for the less fortunate through our Sesama Mara initiative? Get more info at https://www.airselangor.com/sesamamara/

#AirSelangor

Tag:

Engagement