Disiarkan pada

Box of Hope di Tanjong Sepat, Kuala Langat

Air Selangor telah meneruskan inisiatif pelaburan komuniti Sesama Mara melalui program Box of Hope di Tanjong Sepat, Kuala Langat dengan kerjasama Pusat Khidmat Rakyat DUN Tanjong Sepat.

Seramai 150 buah keluarga dari golongan B40 telah mendapat bantuan berupa bekalan makanan asas seperti beras, minyak, gula, barangan kering, tepung dan keperluan harian lain.

Penyampaian sumbangan ini telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Borhan bin Aman Shah, EXCO Perumahan & Kebudayaan Negeri Selangor merangkap ADUN Tanjong Sepat, serta dihadiri oleh Encik Adam Saffian Ghazali, Ketua Pegawai Eksekutif Air Selangor, Encik Mohd Fauzan Mohd Hardi, Ketua Wilayah Sepang dan Kuala Langat Air Selangor dan Encik Azhar Ahmad, Ketua Pegawai Kewangan Yayasan Food Bank Malaysia.

Seramai 20 pasukan sukarelawan Hydro Heroes Air Selangor turut terlibat dalam pengedaran kotak makanan serta membantu kelancaran sepanjang program berlangsung. Sehingga kini, 7,863 buah keluarga B40 di sekitar Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya telah mendapat manfaat dalam program Box of Hope yang dilancarkan sejak tahun 2020.

#AirSelangor#SesamaMara#BoxofHope