Disiarkan pada

Membawa Keceriaan Kepada Komuniti

Dalam semangat untuk membantu mereka yang memerlukan pada bulan Ramadan, baru-baru ini kami menghulurkan bantuan kepada tiga buah rumah kebajikan melalui program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Sesama Mara.

Barangan makanan asas terdiri daripada beras, minyak, gula, barangan kering, dan tepung, serta barangan keperluan rumah telah diterima oleh Pusat Jagaan Warga Emas Kaseh Bonda, Rawang, Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim dan Miskin Baitu Saidati Khadijah, Gombak dan Rumah Penyayang Darul Ilmi Gombak – Asnaf & Anak Yatim, Kuala Lumpur. Barangan keperluan sekolah turut disumbangkan kepada rumah-rumah anak yatim tersebut.

Pada masa yang sama, bagi meningkatkan kesedaran tentang penjagaan kesihatan, kami mengambil langkah proaktif untuk bekerjasama dengan Hospital Pakar KPJ Damansara untuk melakukan saringan kesihatan asas secara percuma dan memberikan penerangan kesihatan khusus untuk kanak-kanak Rumah Penyayang Darul Ilmi Gombak.

Kami amat berharap agar usaha kami ini dapat meringankan beban perbelanjaan rumah-rumah kebajikan ini dalam membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

#AirSelangor#SesamaMara