Disiarkan pada

Cara Jimat Air Ketika Perintah Kawalan Pergerakan

Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 ini, ramai di kalangan kita yang mengambil kesempatan ini untuk mula bercucuk tanam dan menghijaukan rumah.

Aktiviti ini bukan hanya dapat mengisi masa lapang malah halaman rumah yang dihiasi tanaman hijau juga dapat memberi ketenangan minda kepada penghuni.

Antara elemen penting dalam bercucuk tanam ialah cahaya matahari, baja dan air yang mencukupi. Menyiram pokok menggunakan paip boleh menyebabkan berlakunya limpahan air berlebihan. Sebagai alternatif, gunakan bekas penyiram air bagi mengoptimumkan penggunaan air ketika menyiram pokok. Ini secara tidak langsung membantu mengawal penggunaan air secara berhemah sepanjang tempoh PKP 3.0.

#AirSelangor #KitaJagaAir #JimatAir