Disiarkan pada

Inisiatif Air Selangor – 28 October 2021

Ramai pengguna yang tidak yakin dengan air mentah dari Sungai Klang untuk dirawat di Skim Bekalan Air Rasau.

Air Selangor telah mengambil inisiatif dengan melakukan satu kajian menggunakan sistem ozon bagi merawat bahan-bahan pencemar yang telah dikenal pasti di Sungai Klang dan juga kolam-kolam air Rasau. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti kemampuan teknologi ozon bagi merawat bahan-bahan organik serta logam yang terdapat di dalam sumber air mentah. Kajian ini telah dilakukan dengan kerjasama Veolia Water Technologies, sebuah syarikat antarabangsa yang mempunyai kepakaran dalam solusi teknologi rawatan air dan rawatan sisa kumbahan.

Hasil pengunaan teknologi sistem ozon semasa kajian ini telah menunjukkan pengurangan ketara bahan pencemar seperti logam, serta bahan organik yang terdapat di dalam Sungai Klang dan kolam-kolam Rasau. Ini selaras dengan inisiatif kami untuk sentiasa membekalkan air bersih dan terawat kepada pengguna-pengguna kami.

______________

Many consumers are not confident of the quality of raw water from Sungai Klang to be treated at the Rasau Water Supply Scheme.

Air Selangor has taken the initiative to conduct a research using the ozone system to treat pollutants identified in Sungai Klang and the ponds in Rasau. The main objective is to identify the capabilities of ozone technology in treating organic matters and metals in the raw water source. The research was conducted in collaboration with Veolia Water Technologies, an international company with expertise in water treatment technology solutions and wastewater treatment.

From the research, we found out that the utilisation of the ozone system has resulted in a significant reduction in pollutants such as metal and organic matters in Sungai Klang and the ponds in Rasau. This is in line with our initiative to continuously supply clean and safe treated water to our consumers.

#AirSelangor #KitaJagaAir

Tag:

Rasau