Disiarkan pada

Semarak Aidilfitri: Inisiatif Sesama Mara & Hydro Heroes Raikan 28 Anak Rumah Angkat Semai Nurani Air Selangor (PEKEAS)

Menerusi inisiatif pelaburan komuniti Sesama Mara, Air Selangor telah menyantuni seramai 28 orang anak-anak dari Rumah Angkat Semai Nurani Air Selangor iaitu Pertubuhan Kebajikan Ehsan Ash-Shakur (PEKEAS) bagi membeli kelengkapan untuk menyemarakkan sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Program tersebut dilaksanakan oleh sukarelawan Hydro Heroes yang terdiri daripada warga kerja Air Selangor dengan kehadiran Ketua Pegawai Eksekutif, Adam Saffian Ghazali.

Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif Sesama Mara, sila layari laman web Air Selangor di www.airselangor.com/sesamamara