Disiarkan pada

Tips Jimat Air

Di dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Penuh kali ini, lebih banyak masa diluangkan di dalam rumah dan kita hanya dibenarkan keluar jika membeli barang dapur atau urusan penting.

Setiap kali anda balik ke rumah, mandi adalah cara terbaik untuk menjaga kebersihan diri semasa pandemik Covid-19 ini. Tanpa kita sedari, penggunaan air juga akan meningkat sekiranya kita kerap mandi.

Dengan menutup pancuran air ketika menggunakan sabun dan syampu, anda masih boleh menjimatkan sejumlah 45 liter air secara purata.

Penggunaan air secara berhemat semasa mandi boleh menyumbang kepada penjimatan bil air bulanan anda.

#AirSelangor #KitaJagaAir #JimatAir