Disiarkan pada

World Water Loss Day

Insiden paip pecah dan paip bocor, penyambungan paip haram, dan manipulasi ke atas meter air adalah antara penyebab Air Tidak Terhasil (NRW).

Dalam usaha untuk melaksanakan pelbagai inisiatif dan usaha bagi mengurangkan kadar NRW, Air Selangor telah berjaya mencatatkan pengurangan daripada 29.7% pada tahun 2019 kepada 28.6% pada tahun 2020, sekaligus merentasi sasaran 29.2% yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

Kami akan terus berusaha untuk mengurangkan kadar NRW kepada 25% menjelang tahun 2025 dan 15% menjelang tahun 2049.

Menurunkan kadar NRW adalah penting kepada kita semua sebagai pengguna kerana kehilangan air terawat merupakan pembaziran kepada sumber air yang amat berharga dan terhad untuk generasi akan datang.

#AirSelangor #WorldWaterLossDay #KitaJagaAir