Disiarkan pada

e-Bil: Lindungi Alam Sekitar

Sebagai syarikat yang beriltizam untuk melindungi alam sekitar, selari dengan Matlamat Pembangunan Mampan 13 (SDG 13) yang menyokong Tindakan Terhadap Iklim, Air Selangor telah meningkatkan inisiatif digital kami dengan harapan untuk mengurangkan jejak karbon kami. Namun, kami perlukan sokongan anda untuk menjayakannya. Bagaimana caranya? Anda sebagai pengguna boleh menyumbang kepada usaha ini dengan mengurangkan penggunaan bahan api apabila berkunjung ke sesuatu lokasi. Anda boleh membayar bil air anda dengan mudah dari rumah! Tidak perlu lagi berkunjung ke pejabat wilayah Air Selangor atau pejabat pos berdekatan untuk membayar bil anda. Sebagai pengguna e-Bil Air Selangor, anda boleh menerima dan membayar bil air melalui WhatsApp atau aplikasi Air Selangor sekarang. Muat turun aplikasi ini dengan mudah di Google Play Store, Apple App Store dan HUAWEI AppGallery.​


#AirSelangor #JomEbil