Drama Radio Hydro Squad

Kenapa semua penduduk Taman Air Hangat pening dengan masalah dan YB mereka? Ikuti Drama Radio Hydro Squad Air Selangor dibintangi oleh Johan (YB), Fara Fauzana (Kak Mun) dan AG (Rashid). Drama ini berkisar sekitar isu banjir yang dihadapi oleh penduduk Taman Air Hangat. Dapatkah Rashid dan jirannya, Kak Mun mencari jalan penyelesaian? Jom dengarkan Drama Radio Hydro Squad bermula 30 Oktober – 10 November, setiap Isnin hingga Jumaat di Bekpes Hot (bersiaran dari 6 pagi – 10 pagi) dan juga di Hot Squad (bersiaran dari 3 petang – 7 malam) di stesen radio nombor 1 di Malaysia, Hot FM. Nak tahu lebih lanjut tentang Air Selangor? Layari Hydro Hub kami di hydrohub.airselangor.com, platform kandungan sehenti untuk semua. #AirSelangor #HydroSquad


Suggested Videos