Hari Kebangsaan 2021 | Tanah Air (Menjelang Kemerdekaan)

Sempena sambutan Hari Kebangsaan yang ke-64, Air Selangor mempersembahkan ‘Tanah Air (Menjelang Kemerdekaan)’ yang dideklamasikan oleh 64 rakyat Malaysia daripada pelbagai kaum sebagai suntikan patriotisme dalam kita mengharungi situasi pandemik ketika kini. Sebuah puisi keramat, hasil nukilan Sasterawan Negara, Dato’ Usman Awang atau juga dikenali sebagai Tongkat Warrant yang diilhamkan pada 1956, menjadi halwa dalam menyemarakkan semangat kekitaan kita sebagai rakyat Malaysia.

Dan kerana,
Malaysia tanah air kita
Malaysia cinta kita
Malaysia kita bangkit bersama
Dirgahayu Malaysia.

#AirSelangor


Suggested Videos