Posted on

Air Pili Berubah Warna? – 1

Air Berwarna

Pernahkah anda mengalami situasi air berubah warna?

Untuk pengetahuan anda, ini terjadi apabila mineral semula jadi seperti ferum, mangan dan mineral lain yang terdapat di dalam air yang terawat lama-kelamaan membentuk sedimen dan terendap di dasar paip.

Apabila terdapat kerja-kerja penyenggaraan, ia akan mengakibatkan perubahan tekanan dan halaju air di dalam paip utama dan bahan-bahan terendap ini akan terampai serta keluar mengikut aliran air. Ini menyebabkan perubahan warna air.

Anda boleh cuba kembali menjernihkan air ini dengan membiarkan paip air mengalir buat seketika. Kebiasaannya, air akan kembali jernih setelah dibiarkan mengalir selama 5 – 10 minit. Sila hubungi Air Selangor di 15300 atau Help Centre jika air masih lagi berwarna untuk pemeriksaan dan tindakan susulan segera daripada kami.

______________

Have you ever experienced discoloured water?

This slight colour change happens when natural minerals such as iron, manganese and other minerals found in treated water form sediments and settle at the bottom of the pipe over time.

When pipe maintenance work takes place, it changes the pressure and water velocity in the main pipe and this sediment may be released into the water due to the change of flow. This causes discoloured water.

Let the water tap run for about 5 – 10 minutes and making it clear again. If the water is still not fully cleared, please contact Air Selangor at 15300 or Help Centre so that we can immediately work to resolve the situation.

#AirSelangor