Posted on

Air Selangor Virtual Hydro Run 2021

Secara purata tubuh manusia dewasa mengandungi 60% air dan bumi pula diliputi air sebanyak 71%. Maka tidak hairanlah air memainkan peranan yang penting dalam kehidupan dan kita perlu sentiasa memelihara dan memulihara sumber air yang sangat berharga ini.

Terima kasih di atas sokongan anda semua menyertai Air Selangor Virtual Hydro Run 2021, di mana yuran pendaftaran anda akan disumbangkan untuk tujuan pemeliharaan dan pemuliharaan sumber air di Malaysia. Diharap dengan usaha ini, kesedaran setiap lapis masyarakat tentang kepentingan air dapat ditingkatkan.

Untuk para peserta, jangan lupa untuk lengkapkan larian sebelum 15 Julai 2021 dan juga menyertai peraduan-peraduan yang disediakan untuk memenangi hadiah-hadiah eksklusif Air Selangor.

Bersama kita kekal sihat dan menjaga sumber air.

#AirSelangor #VirtualHydroRun2021

Tags:

Hydro Run