Disiarkan pada

Box of Hope – Kg Sungai Kertas, Batu Caves

Kami telah bekerjasama dengan Village Grocer untuk mengagihkan 200 kotak Box of Hope yang mengandungi barangan makanan asas kepada keluarga B40 di Kg Sungai Kertas, Batu Caves. Program ini telah dihadiri oleh Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif kami, Ir. Abas Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif The Food Purveyor, Kok Kian Kee, dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Food Bank Malaysia, Johan Halid. 

Sukarelawan Hydro Heroes kami turut mengambil bahagian dalam membungkus dan mengedarkan kotak sumbangan kepada penerima. Setakat ini, sebanyak 5,675 keluarga telah mendapat manfaat daripada program Box of Hope yang telah diagihkan kepada komuniti B40 di sekitar Selangor, Kuala Lumpur, dan Putrajaya. Air Selangor telah pun bekerjasama dengan Village Grocer dalam program Box of Hope sejak tahun 2020.

Ikuti kami untuk lebih banyak info terkini mengenai Box of Hope dan klik pautan di bio kami untuk terus menyumbang.