Disiarkan pada

Sesi Taklimat – Prima Sri Gombak, Gombak

Susulan daripada kes paip pecah di Prima Sri Gombak, Wilayah Gombak yang berlaku baru-baru ini, satu sesi taklimat bersama wakil-wakil penduduk telah diadakan bagi berkongsi maklumat dan penerangan terkini mengenai punca permasalahan gangguan bekalan air yang dihadapi penduduk di kawasan tersebut.

Menerusi sesi itu, beberapa penyelesaian bersama telah dikenal pasti termasuklah maklumat terkini mengenai kerja-kerja menaik taraf aset di bawah Program Penggantian Paip Air Selangor dan memperkasakan jawatankuasa bersama komuniti yang akan bertindak secara aktif bagi menyelesaikan masalah gangguan air bagi penduduk di kawasan itu secara jangka panjang.

Taklimat program penggantian paip dan hebahan kepada komuniti setempat juga akan diadakan dari semasa ke semasa untuk memberi makluman terkini kepada penduduk bagi sebarang aktiviti di bawah Program Penggantian Paip Air Selangor yang melibatkan kawasan itu.

Sesi taklimat tersebut telah dihadiri oleh Ketua Pengalaman Pelanggan Air Selangor, Abdul Halem Mat Som, wakil-wakil dari Pejabat Parlimen Gombak, Majlis Perbandaran Selayang, persatuan penduduk setempat serta Pejabat Wilayah Gombak Air Selangor.

#AirSelangor