Disiarkan pada

Data & Digital Hackathon 2024 Air Selangor

Air Selangor kekal fokus untuk meningkatkan kecekapan dan kecemerlangan operasi dalam usaha untuk memperkasa kehidupan 9.3 juta pengguna kami melalui inovasi dan pendigitalan dalam industri perkhidmatan air.

Bagi menggerakkan lagi usaha ini, kami telah membuka ruang serta peluang kepada orang awam untuk turut serta dalam menyumbang kepada kemajuan digital perkhidmatan air menerusi Data & Digital Hackathon 2024 Air Selangor, bagi mencari penyelesaian praktikal yang boleh membawa perubahan yang bermakna.

Tonton video ini untuk info lanjut berhubung Data & Digital Hackathon kami. Layari https://hydrohub.airselangor.com. platform kandungan sehenti untuk semua dan dapatkan lebih banyak info menarik tentang air dan Air Selangor.