Disiarkan pada

Membawa Keceriaan Kepada Komuniti – Program Penggantian Paip

Sebagai penyedia perkhidmatan air, kami komited dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada para pelanggan. Menerusi Program Penggantian Paip kami, kerja-kerja pemasangan dan penggantian paip untuk meningkatkan kecekapan sistem bekalan air sedia ada bagi memberikan perkhidmatan terbaik kepada lebih 10,000 pengguna di Kg. Sungai Sireh, Flat Sri Perantau, Kg. Sungai Kandis dan Jalan Kebun di Wilayah Klang telah selesai dijalankan.

Pelaksanaan program ini juga merupakan salah satu inisiatif kami untuk memberi jaminan bekalan air terawat yang bersih, selamat dan stabil kepada pengguna yang seterusnya dapat menurunkan kadar Air Tidak Terhasil (NRW) di negeri Selangor.

Klik di sini untuk tahu lebih lanjut tentang pelaksanaan program ini: https://hydrohub.airselangor.com/publication/tekanan-air-rendah-diatasi-lebih-10000-pengguna-lega/ di Hydro Hub, platform kandungan sehenti untuk semua.

#AirSelangor