Posted on

Cara Jimat Air

Seiring dengan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang memerlukan kita duduk di rumah, pasti ramai yang kerap memasak dan juga membeli makanan dari restoran. Tanpa kita sedari, penggunaan air semasa membasuh pinggan mangkuk setelah selesai menikmati juadah boleh menjadi faktor kenaikan bil air.

Dengan menutup paip air ketika membasuh pinggan mangkuk menggunakan sabun dan membuka semula paip air semasa membilas, kita dapat menjimatkan sebanyak 28 liter air secara purata. Ini secara tidak langsung dapat mengurangkan jumlah bil air kita sepanjang PKP 3.0.

Tidak dinafikan amalan menjaga kebersihan penting bagi membendung penularan wabak yang sedang melanda, tetapi pada masa yang sama kita harus menggunakan air secara cermat.

#AirSelangor #KitaJagaAir #JimatAir