Posted on

Cara Melaporkan kepada Air Selangor – 29 November 2021

Air Tidak Terhasil atau ‘Non-Revenue Water (NRW)’ adalah istilah yang merujuk kepada bekalan air terawat yang tidak sampai kepada pengguna dan tidak dapat dibilkan disebabkan faktor seperti paip pecah, sambungan paip air secara haram atau meter air dimanipulasi.

Air Selangor komited untuk mengurangkan kadar Air Tidak Terhasil di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya dengan memohon orang ramai melaporkan sebarang insiden paip pecah atau paip bocor kepada Pusat Perhubungan Pelanggan Air Selangor pada bila-bila masa melalui 2 cara mudah iaitu:

Cara 1: Hubungi Pusat Panggilan 15300.

Cara 2: Ajukan laporan melalui ‘Help Centre’ di aplikasi Air Selangor atau www.airselangor.com dengan memberikan segala butiran maklumat untuk kami mengambil tindakan susulan segera.

Kerjasama daripada anda diharapkan mampu meminimumkan kadar Air Tidak Terhasil dan mengelakkan kehilangan sumber bekalan air bersih yang terawat dan selamat, kerana ini amatlah penting bagi menjamin kelestarian air.

Muat turun apliskasi Air Selangor di Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery sekarang. ___

Non-Revenue Water (NRW) is a term that refers to treated water supply that does not reach consumers and cannot be billed due to factors such as burst pipes, illegal water pipe connections or manipulated water meters.

At Air Selangor, we are committed to reducing the rate of Non-Revenue Water in Selangor, Kuala Lumpur and Putrajaya by urging the public to report any incidents of burst pipes or leaking pipes to Air Selangor’s Customer Call Centre at any time through two simple ways:

1. Contact 15300 Call Centre. 2. Submit a report through ‘Help Centre’ at Air Selangor application or www.airselangor.com by providing all the information for us to take immediate action.

With your cooperation, we hope to minimise the rate of Non-Revenue Water and avoid the loss of clean and safe treated water supply, as this is very important to ensure water sustainability.

Download Air Selangor’s application at Apple App Store, Google Play Store or Huawei AppGallery now.

#AirSelangor #KitaJagaAir