Posted on

Cara Pengiraan Bil Air

Terlintaskah di fikiran anda bagaimana pengiraan bil bulanan air dilakukan? Untuk pengetahuan anda, di sini kami kongsikan 3 cara bagaimana pengiraan penggunaan air dibuat.

1. Lihat nombor bacaan meter air di kediaman untuk melihat bacaan meter. 2. Bacaan nombor meter air mempunyai 4 digit pertama hitam berlatar belakang putih yang menunjukkan jumlah penggunaan di dalam sukatan meter padu dan 4 digit terakhir putih berlatar belakang merah menunjukkan jumlah penggunaan di dalam sukatan liter. 3. Untuk mendapatkan jumlah penggunaan di dalam meter padu, bacaan 4 digit pertama hendaklah ditolak daripada bacaan sama pada bulan sebelumnya.

Contoh; Bacaan 4 digit pertama bulan sebelumnya 0708m3 Bacaan 4 digit pertama bulan semasa 0748m3 Jumlah penggunaan di dalam meter padu 40m3 4. Jumlah penggunaan inilah yang akan dikira bagi menentukan jumlah bil mengikut kadar tarif yang ditetapkan oleh Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655).

Contoh: 20 meter padu pertama 20m3 x RM0.57 = RM11.40 15 meter padu berikutnya 15m3 x RM1.03 = RM15.45 Baki meter padu selebihnya 5m3 x RM2.00 = RM10.00 Jumlah bil RM36.85

*Pengiraan bil pengguna akan direkodkan berdasarkan tempoh 30 hari (antara hari 28 hingga hari 33 setiap bulan).

Semoga panduan ini dapat membantu anda memahami kaedah pengiraan bil air yang dikenakan sebagai rujukan di masa hadapan.

#AirSelangor

Tags:

e-Bil