Posted on

Cara Periksa Punca Bil Air Meningkat – 3 August 2021

Anda dapati bil air anda lebih tinggi daripada biasa? Ada beberapa kemungkinan untuk itu berlaku dan salah satu daripadanya adalah kebocoran paip dalaman rumah. Kenali 2 cara mudah untuk anda membuat pemeriksaan bagi mengenal pastinya.

Cara 1: 1.Tutup semua kepala paip di dalam rumah 2. Lihat pergerakan meter air. 3. Jika meter air masih bergerak, ada kemungkinan berlakunya kebocoran. Segeralah menghubungi tukang paip yang bertauliah untuk melakukan pemeriksaan lanjut.

Cara 2: 1. Periksa mangkuk tandas. 2. Curahkan sedikit pewarna ke dalam tangki tandas 3. Jika terdapat aliran air berwarna, ada kemungkinan berlakunya kebocoran. Segeralah menghubungi tukang paip yang bertauliah untuk melakukan pemeriksaan lanjut.

Jom lakukan pemeriksaan kerana ini bukan sahaja boleh menjimatkan bayaran bil air anda, malah juga mampu menjimatkan pembaziran air.

Jika anda memerlukan khidmat tukang paip bertauliah mengikut kawasan, layarilah sesawang Air Selangor di www.airselangor.com/residential/plumber-listing/

#AirSelangor

Tags:

Infographics