Disiarkan pada
Sambutan Tahun Baharu Cina – CSR
Sempena sambutan Tahun Baharu Cina kali ini, Air Selangor menerusi program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Sesama Mara telah meraikan warga emas dan kanak-kanak di tiga buah rumah kebajikan.
Air Selangor menyerahkan sumbangan barangan keperluan asas seperti makanan dan barangan keperluan rumah kepada Pertubuhan Kebajikan Warga Emas Kenang Budi di Petaling Jaya, Pusat Kebajikan Chester di Taman Wangsa Permai, Kuala Lumpur, dan Pusat Jagaan Persatuan Kebajikan Rumah Pelangi, Cheras. Program Sesama Mara ini turut dihadiri oleh Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Air Selangor, Ir. Abas Abdullah.
Selain memberi bantuan dan mengunjungi kesemua rumah kebajikan tersebut, kami turut memberi kanak-kanak yang mendiami Pusat Jagaan Persatuan Kebajikan Rumah Pelangi barangan kelengkapan sekolah, pakaian harian dan paket ‘angpow’. Untuk memastikan kesemua penghuni tinggal di dalam keadaan selesa, kami juga akan memeriksa keadaan paip dalaman di rumah-rumah kebajikan ini.