Posted on
“Conserving Water, One Person at a Time”
Kami berbesar hati kerana telah dijemput sebagai salah seorang panel penceramah untuk mempromosikan kesedaran tentang amalan pemuliharaan air daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) baru-baru ini, sempena sambutan Hari Air Sedunia 2025.
Rakan sejawat kami, Nurul Farhana Abd Aziz dari Unit Penjimatan Air, telah menyampaikan ceramah bertajuk “Conserving Water, One Person at a Time” bersama pakar-pakar air lain daripada SPAN dan Indah Water Konsortium (IWK).
Menerusi ceramah ini, Farhana telah berkongsi pandangan mengenai inisiatif kami dalam mempromosikan penggunaan air yang mampan serta kaedah penjimatan air yang praktikal, yang boleh diamalkan oleh orang ramai di rumah dan dalam kehidupan seharian.
Kami ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada SPAN (penganjur) dan Petrosains (rakan kerjasama) di atas kejayaan penganjuran acara ini dan kami amat berbesar hati dapat menjadi sebahagian daripada inisiatif ini. Untuk info lanjut mengenai tip penjimatan air yang bijak dan praktikal, muat turun Air Selangor Water Handbook di www.airselangor.com/waterhandbook.
—–
We are honoured to be invited as one of the panel speakers to promote awareness of water conservation practices from Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) recently in conjunction with World Water Day 2025.
Our colleague, Nurul Farhana Abd Aziz from the Water Conservation Unit presented her talk “Conserving Water, One Person at a Time” alongside other water experts from SPAN and Indah Water Konsortium (IWK).
Through this talk, Farhana shared insights on our initiatives to promote sustainable water usage as well as practical water-saving methods that the public can adopt at home and in their daily lives.
We would like to congratulate SPAN (the organiser) and Petrosains (the collaborator) for organising a successful event and truly honoured to have been part of this initiative. For more info on smart and practical water-saving tips, download the Air Selangor Water Handbook at www.airselangor.com/waterhandbook .