Disiarkan pada

Inisiatif ‘Sesama Mara’ – 16 November 2021

Air Selangor terus giat memberi bantuan kepada golongan kurang berkemampuan dan rumah-rumah kebajikan di sekitar negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Menerusi Program CSR Sesama Mara Air Selangor, kami telah menyalurkan bantuan perkhidmatan pembaikan paip dalaman yang telah rosak dan bocor kepada beberapa rumah kebajikan, termasuk Rumah Kebajikan Anak-Anak Yatim Sai Pandian, Setia Alam.

Encik Sai Pandian, Pengasas Rumah Kebajikan Anak-Anak Yatim Sai Pandian berkata, “Saya amat gembira dan bersyukur dengan bantuan perkhidmatan pembaikan paip dalaman di rumah kebajikan ini, yang mana telah mengalami masalah kebocoran untuk tempoh yang lama. Kini, saya boleh menarik nafas lega kerana masalah pembaziran air tidak lagi berlaku di rumah ini”.

Kami berharap program ini dapat mengelakkan pembiayaan bil air bulanan yang tinggi akibat daripada kebocoran paip selepas meter premis pengguna.

Kepada rumah-rumah kebajikan dan keluarga B40 yang memerlukan bantuan untuk membaiki paip air dalaman yang rosak atau bocor, boleh membuat permohonan menerusi pautan ini https://www.airselangor.com/media/sesama-mara/

______________

Air Selangor continues to assist the less fortunate as well as the welfare homes around Selangor, Kuala Lumpur and Putrajaya. Through Air Selangor’s Sesama Mara CSR Programme, we have provided plumbing service assistance to repair damaged and leaking pipes to a number of welfare homes, including the Sai Pandian Orphans Welfare Home in Setia Alam.

Mr Sai Pandian, Founder of the Sai Pandian Orphan Welfare Home said, “I am very happy and grateful for the internal plumbing assistance provided to us as we have been experiencing leakage problem for a long time. I am now relieved that water wastage will no longer be an issue in this house”.

Through this programme, we do hope that we can help the customers avoid high monthly water bills due to pipe leaks after the customer’s premise meter.

To welfare homes and B40 families who need help to repair the damaged or leaking internal pipes in their premises, you can fill in the application via https://www.airselangor.com/media/sesama-mara/

#AirSelangor #SesamaMara