Disiarkan pada

Inisiatif ‘Sesama Mara’ – 7 November 2021

Sebanyak 1,084 kotak bantuan ‘Box of Hope’ iaitu barangan makanan asas seperti tepung, beras, susu dan minyak telah disumbangkan kepada keluarga B40 yang memerlukan, sepanjang tahun 2021 setakat ini.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan melalui inisiatif ‘Box of Hope’ juga boleh memberi sumbangan barangan makanan asas seperti tepung, beras, makanan dalam tin, susu dan minyak di lima lokasi Village Grocer iaitu di Tamarind Square Cyberjaya, MyTown Cheras, 1 Mont Kiara, I-City Mall Shah Alam dan Melawati Mall.

Anda juga boleh membuat sumbangan melalui akaun bank CIMB Bank Berhad 80-0798511-8 dengan menyertakan nota catatan Bantuan Inisiatif ‘Box of Hope’. Menerusi platform akaun bank ini, orang ramai boleh terus membuat sumbangan tanpa perlu ke cawangan Village Grocer. Kami akan membeli barangan makanan asas dengan hasil sumbangan wang untuk didermakan kepada golongan B40 yang memerlukan. Dengan adanya akaun bank ini, kami berharap agar lebih ramai individu dan organisasi akan bersama-sama menghulurkan bantuan dan sumbangan.

Kesemua program yang dilaksanakan ini adalah di bawah Program Tanggungjawab Sosial Korporat Sesama Mara yang bertujuan untuk membantu komuniti akar umbi yang memerlukan di sekitar Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Untuk maklumat lanjut mengenai program-program Sesama Mara, sila layari laman sesawang Air Selangor di www.airselangor.com.

#AirSelangor #SesamaMara