Disiarkan pada
Inisiatif Sesama Mara – Bantuan Kerja Perpaipan
Sempena sambutan ulang tahun yang kedua, Air Selangor melalui Program Sesama Mara terus komited membantu komuniti setempat yang memerlukan, selari dengan tema tahun ini ‘Berkongsi Kegembiraan Bersama’. Salah satunya adalah inisiatif Bantuan Kerja Perpaipan kepada rumah-rumah kebajikan.
Pada pertengahan September 2021, Air Selangor telah menjalankan perkhidmatan kerja-kerja paip untuk dua rumah kebajikan iaitu Pertubuhan Kebajikan Asnaf Albarakh Malaysia di Kuala Lumpur dan Pusat Jagaan Cahaya Kasih Bestari Shah Alam yang kedua-duanya berjumlah 170 penghuni anak-anak yatim. Antara perkhidmatan yang dijalankan adalah kerja pembaikan dan penukaran paip.
Air Selangor berharap bantuan sebegini dapat membantu para penghuni rumah kebajikan ini dan kami sentiasa berusaha untuk memberi makna kepada para pengguna setiap hari melalui setiap titis air yang kami bekalkan.
______________
As part of our second anniversary celebration and this year’s theme of ‘Sharing Our Joy Together’, Air Selangor through the Sesama Mara Programme, remains committed to helping local communities in need. One of the initiatives is the provision of Plumbing Assistance to welfare homes.
As of mid-September 2021, Air Selangor has carried out plumbing services for two welfare homes: Asnaf Albarakh Malaysia Welfare Organisation in Kuala Lumpur and the Shah Alam Cahaya Kasih Bestari Care Center — both of which look after a total of 170 orphans. These services include repair work and necessary pipe replacement.
Air Selangor hopes that such assistance can make a meaningful difference to the residents of these welfare homes as we strive to deliver joy in every drop to our consumers.
#AirSelangor #JoyInEveryDrop #SetiapTitisBermakna
Tag:
Sesama Mara