Posted on

Inisiatif Sesama Mara – Hari Kebangsaan 2021

Sempena Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-64, program CSR Air Selangor ‘Sesama Mara’ dengan kerjasama Yayasan Food Bank dan Village Grocer telah mengagihkan 150 kotak berupa barangan makanan keperluan asas kepada individu-individu dan keluarga kategori B40 melalui inisiatif ‘Box of Hope’ di sekitar Semenyih, Kajang dan Sg Ramal.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua yang telah sama-sama berkongsi rezeki menghulurkan sumbangan ikhlas bagi menjayakan program ini.

Semoga sumbangan ini dapat membantu meringankan beban mereka pada ketika ini di mana pandemik COVID-19 masih lagi belum reda.

#AirSelangor #SesamaMara

Tags:

Sesama Mara