Disiarkan pada
Inisiatif Sesama Mara – Hari Kebangsaan 2021
Sempena Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-64, program CSR Air Selangor ‘Sesama Mara’ dengan kerjasama Yayasan Food Bank dan Village Grocer telah mengagihkan 150 kotak berupa barangan makanan keperluan asas kepada individu-individu dan keluarga kategori B40 melalui inisiatif ‘Box of Hope’ di sekitar Semenyih, Kajang dan Sg Ramal.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua yang telah sama-sama berkongsi rezeki menghulurkan sumbangan ikhlas bagi menjayakan program ini.
Program Sesama Mara Air Selangor ini diteruskan dari semasa ke semasa dan anda boleh sama-sama menyumbang melalui akaun bank CIMB Bank Berhad – 8007985118. Pastikan anda mencatatkan nota ‘Bantuan Inisiatif ‘Box of Hope” semasa membuat transaksi dan e-mel ke communication@airselangor.com
Semoga sumbangan ini dapat membantu meringankan beban mereka pada ketika ini di mana pandemik COVID-19 masih lagi belum reda.
#AirSelangor #SesamaMara
Tag:
Sesama Mara