Posted on

Inisiatif ‘Sesama Mara’

Inisiatif Sesama Mara: Air Selangor Memperkasa Pembelajaran Secara Dalam Talian Semasa Pandemik COVID-19

Menyedari keperluan meneruskan kecemerlangan pembelajaran secara dalam talian semasa pandemik COVID-19 pada masa kini, Air Selangor telah memberikan aset yang terpakai kepada anak-anak warga kerja B40 yang layak. Aset-aset ini melibatkan 104 peranti antaranya komputer, tablet dan telefon bimbit yang terpakai.

Air Selangor juga turut menaja pelan data internet selama 12 bulan bagi memastikan inisiatif ini mencapai objektif menyokong kecemerlangan pembelajaran di kalangan anak-anak warga kerja B40.

Air Selangor berharap sumbangan ini akan memberi suntikan semangat kepada anak-anak warga kerja terus mencapai kejayaan walaupun dalam situasi yang mencabar ketika ini.

______________

Sesama Mara Initiative: Air Selangor Empowers Online Learning During COVID-19 Pandemic

Acknowledging the need to pursue excellence through online learning during the current COVID-19 pandemic, Air Selangor has provided used assets to the children of eligible B40 employees. Among the assets are 104 devices including computers, tablets and mobile phones.

Air Selangor also sponsored a 12-month internet data plan to ensure that this initiative accomplishes the objective of supporting learning excellence among the children of the B40 employees.

Air Selangor hopes that this contribution will inspire the children to continue to achieve success even in the current challenging situation.

#AirSelangor #SesamaMara

Tags:

Sesama Mara