Disiarkan pada

Memupuk kesedaran dalam kalangan anak-anak muda tentang pemuliharaan air adalah penting

Memupuk kesedaran dalam kalangan anak-anak muda tentang pemuliharaan air adalah penting. Di bawah Program Libat Urus bersama Sekolah di Wilayah Sepang baru-baru ini, kami berkongsi tentang kepentingan air sebagai sumber yang berharga dalam rutin harian dan bagaimana amalan pemuliharaan air boleh menjamin bekalan air yang mampan untuk semua. Lebih daripada 360 pelajar berumur 10 hingga 12 tahun daripada SJK (C) Sepang, SJK (C) Wah Lian dan SK Sungai Pelek di Sepang telah menyertai program ini.

Selain itu, kami juga menunjukkan demonstrasi secara langsung tentang penilaian kualiti air kepada para pelajar serta berkongsi tips yang praktikal untuk memulihara air ketika program tersebut berlangsung. Di samping itu, kami turut menjalankan aktiviti menarik seperti kuiz, teka-teki serta pertandingan mewarna Boboiboy Air bagi menarik minat pelajar menyertai program tersebut.

Kami berhasrat untuk mengadakan lebih banyak program libat urus pada masa hadapan sebagai sebahagian daripada usaha berterusan kami dalam memupuk budaya pemuliharaan air dalam kalangan anak-anak muda ke arah menjamin masa depan air yang mampan untuk semua. Jika anda berminat untuk bekerjasama dengan Air Selangor bagi program libat urus atau mana-mana aktiviti pemuliharaan air, sila hantarkan emel kepada Unit Pemuliharaan Air, Air Selangor di water.conservation@airselangor.com.

#AirSelangor