Disiarkan pada

Ke Arah Kelestarian Bekalan Air Masa Hadapan

Dalam usaha kami untuk menyediakan bekalan air terawat yang bersih dan selamat, Air Selangor telah mengambil beberapa langkah proaktif bagi memastikan kelestarian bekalan air masa hadapan.

Langkah ini adalah perlu bagi menangani permintaan bekalan air yang meningkat setiap tahun akibat aktiviti urbanisasi dan pemodenan yang pesat. Oleh itu, Air Selangor memastikan pelaburan mampan bagi menambah baik infrastruktur air demi kelangsungan bekalan air untuk kita dan generasi akan datang.

#AirSelangor #WaterSustainability