Posted on

Ke Arah Mengurusan Air Lestari

Air Selangor telah menyatakan komitmen sebagai sebuah syarikat yang mendukung lima (5) daripada 17 Matlamat Pembangunan Lestari atau Sustainable Development Goals (SDGs) yang dikemukakan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada tahun 2015.

Demi mencapai agenda pembangunan dan kesejahteraan manusia dan bumi menjelang tahun 2030, Air Selangor telah menyumbang kepada Matlamat Pembangunan Lestari iaitu “Air Bersih dan Sanitasi” dan “Penggunaan dan Pengeluaran Bertanggungjawab”.

Kedua-dua matlamat ini adalah untuk memastikan pencapaian dan pengurusan air secara mampan dan sentiasa dapat diberikan kepada semua. Selain itu, memastikan corak penggunaan dan pengeluaran mampan menjadi matlamat yang berjaya dilaksanakan.

Dari tahun ke tahun, pihak Air Selangor akan meningkatkan usaha demi merealisasikan Matlamat Pembangunan Lestari di peringkat lokal dan global.

#AirSelangor