Posted on

Komitmen Air Selangor

Air Selangor komited untuk menyediakan air yang bersih dan selamat serta meningkatkan lagi kualiti pengalaman 8.4 juta pelanggan di Selangor, Kuala Lumpur dan Putarajaya. Berikut adalah sepintas lalu aset-aset milik Air Selangor:

– 8 empangan dimana salah satunya di kawal selia oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia. – Hybrid Off-River Augmentation System 600 (HORAS 600) yang menakung air di bawah tanah – 3 fasiliti Off-River Storage (ORS) – Penyimpanan air aktif di empangan ditahap 95.95% sehingga 100% – 34 Loji Rawatan Air dengan purata pengeluaran air terawat sebanyak 4,965 juta liter sehari (JLH) – 1610 Tangki Perkhidmatan Air – Paip agihan air sepanjang 29,540 km – 140 buah Hybrid Distribution Water Quality Real-Time Analyser (HYDRA) yang merupakan sistem pengawasan kualiti air secara dalam talian menggunakan instrumentasi berteknologi tinggi – 22 buah stesen Off-Plant Autonomous Chlorine Injection System (OACIS) yang menggunakan teknologi automasi

Kami sentiasa berusaha untuk terus menambah jumlah pembekalan dan meningkatkan kecekapan operasi bagi pelanggan Air Selangor. Segala komitmen bagi memberikan pengalaman pelanggan yang terbaik ini didukung oleh warga kerja kami yang penuh dedikasi.

#AirSelangor