Disiarkan pada

Komitmen Kelestarian Air Selangor – 20 July 2022

Air Selangor komited dalam Penjagaan Alam Sekitar dan Kelestarian Operasi seperti yang telah digariskan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menerusi Matlamat Pembangunan Mampan (SDG). Antara 5 SDG yang diberikan keutamaan, kami ingin mengetengahkan 3 SDG untuk paparan kali ini iaitu Matlamat Air Bersih dan Sanitasi (SDG 6), Matlamat Penggunaan dan Pengeluaran Bertanggungjawab (SDG 12) dan Matlamat Perubahan Iklim (SDG 13) yang memberikan kesan secara langsung ke atas operasi dan pengguna kami.

Nantikan 2 lagi SDGs yang akan diketengahkan di paparan yang akan datang.

#AirSelangor #SustainableDevelopmentGoals