Disiarkan pada

Kursus Kemahiran Perantis Tukang Paip

Kursus Kemahiran Perantis Tukang Paip sesi ketiga oleh Air Selangor telah tamat baru-baru, yang menjadikan jumlah graduan seramai 39 orang setakat ini. Para peserta telah menerima Sijil Pencapaian ABM dan Kad Hijau Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) sebagai pengiktirafan kemahiran yang telah mereka pelajari. Mereka turut menerima kotak alat perkakas untuk digunakan semasa menjalankan tugas.

Pendaftaran bagi kursus ini masih dibuka buat individu yang berminat, terutama sekali mereka yang terkesan dan kehilangan pekerjaan akibat pandemik Covid-19. Borang pendaftaran boleh dimuat turun dari laman sesawang Air Selangor.

Klik pada pautan ini untuk muat turun: https://www.airselangor.com/wp-content/uploads/2021/05/Borang-Kursus-Kemahiran-PerantisTukang-Paip.pdf

#AirSelangor #SesamaMara