Disiarkan pada

Tanah Runtuh – Bukit Tunku

Berikutan kejadian tanah runtuh yang berlaku di pintu masuk bangunan Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) di Bukit Tunku, Air Selangor ingin memaklumkan bahawa tiada gangguan bekalan air di sekitar kawasan Bukit Tunku.

Bagaimanapun, kami bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa dengan menutup bekalan air ke premis terbabit. Langkah ini diambil bagi menghalang air daripada terus mengalir ke kawasan terjejas untuk membantu memudahkan siasatan oleh pihak berkuasa. Pada masa yang sama, kami juga telah memasang injap tambahan sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya kawasan yang terjejas merebak.

#AirSelangor