Disiarkan pada
Menyumbang dengan Inisiatif ‘Box of Hope’
Situasi pandemik yang melanda negara kita sekarang telah menyebabkan ramai rakyat terkesan. Jadi marilah kita sama-sama membantu meringankan kesulitan yang dihadapi oleh mereka melalui sumbangan berbentuk barangan keperluan asas makanan. Sedikit sebanyak sumbangan ini akan membantu mereka untuk meneruskan kehidupan di samping menghulurkan sokongan dalam menghadapi waktu sukar ini.
Anda boleh menghulurkan sumbangan melalui program ‘Box of Hope’ di cawangan-cawangan Village Grocer yang berikut: MyTown, Cheras , 1Mont Kiara, Melawati Mall, Ampang, i-City Mall, Shah Alam, Tamarind Square dan Cyberjaya.
Anda juga boleh menyumbang dalam bentuk kewangan melalui akaun bank CIMB Bank Berhad – 8007985118 dengan mengikuti langkah-langkah berikut: 1. Sertakan nota catatan Bantuan Inisiatif ‘Box of Hope’ semasa membuat transaksi dan e-mel ke communication@airselangor.com 2. Pastikan nilai sumbangan adalah betul semasa transaksi dijalankan kerana sebarang permohonan pemulangan wang tidak boleh dilakukan selepas transaksi.
Kami ingin mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan dan sokongan anda terhadap inisiatif ‘Box of Hope’ ini.
#AirSelangor #SesamaMara #BenderaPutih #BoxOfHope
Tag:
Sesama Mara