Posted on

MoC signing ceremony between Air Selangor and Monsta Studios Sdn Bhd

Susulan pelancaran kempen BijakAir MADANI oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) di Loji Rawatan Air Langat 2, Air Selangor menyokong sepenuhnya inisiatif nasional ini dalam memupuk budaya pemuliharaan air.

Majlis pelancaran tersebut telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri PETRA, bersama wakil-wakil daripada pelbagai agensi berkaitan air.

Adam Saffian Ghazali, Ketua Pegawai Eksekutif Air Selangor berkata, “Kempen BijakAir MADANI selaras dengan aspirasi Air Selangor untuk memperkasakan pengguna agar mereka dapat memainkan peranan aktif dalam usaha pemuliharaan air. Menerusi aplikasi Air Selangor 2.0, kami menyediakan platform yang memudahkan pelaporan kebocoran dan pemantauan penggunaan air, sejajar dengan usaha kami untuk mencapai kelestarian dalam perkhidmatan air.”

Sokongan terhadap kempen BijakAir MADANI juga selari dengan Memorandum Kerjasama (MoC) yang ditandatangani antara Air Selangor dan Monsta Studios Sdn. Bhd. (Monsta) pada April 2025 untuk meneruskan usaha kesedaran pemuliharaan air dalam kalangan generasi muda dari tahun 2025 hingga 2027.