Disiarkan pada

Musolla Abu Ubaidah Al-Jarrah

Musolla Abu Ubaidah Al-Jarrah, Kuarters Loji Rawatan Air Langat 2 (LRA Langat 2) di wilayah Hulu Langat telah mendapat kebenaran oleh Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS) untuk mendirikan solat Jumaat (sementara) bermula pada 7 November 2025.

Pengisytiharan rasmi serta pemasyhuran solat Jumaat di Musolla Abu Ubaidah Al-Jarah telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Anuar bin Baharudin, Ketua Unit Pengurusan Masjid dan Surau, Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat.

Majlis turut dihadiri oleh CEO Air Selangor, Adam Saffian Ghazali (@adamsaffianfca); Ustaz Hazman bin Che Mohamed, Pegawai Tadbir Agama Daerah Hulu Langat serta YB Datuk Wira Haji Johan bin Abd Aziz (@datuk_wira_johan), ADUN Dusun Tua.

Musolla Abu Ubaidah Al-Jarrah dianggarkan boleh memuatkan kapasiti jemaah sekitar 550 orang dan dapat memberi alternatif kepada komuniti di sekitar LRA Langat 2 untuk mendirikan solat Jumaat.

#AirSelangor