Disiarkan pada

Pembangunan Loji Air Pulih Guna (WRP)

Kami berbesar hati mengumumkan satu lagi pencapaian penting dalam pembangunan Loji Air Pulih Guna (WRP) ketika majlis menandatangani perjanjian yang disaksikan oleh YAB Dato’ Sri Haji Fadillah Yusof, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga & Transformasi Air (PETRA), bersama YBhg. Dato’ Johary Anuar, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) merangkap Pengarah UPEN Selangor, yang ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif kami, Adam Saffian Ghazali.

Pencapaian ini memperkukuh komitmen kami untuk memajukan inisiatif pengurusan air yang mampan dan inisiatif ekonomi kitaran di Malaysia, di samping terus menyediakan penyelesaian air yang inovatif dan berdaya tahan bagi memperkukuh asas ekonomi Selangor serta menyumbang kepada matlamat ketahanan iklim negara. WRP ini akan menyokong dua pembangunan utama pusat data yang bakal dilaksanakan di Selangor sekali gus memperkukuh kedudukan Selangor sebagai destinasi utama pelaburan infrastruktur digital di rantau ini.

Inisiatif ini akan dilaksanakan melalui Central Water Reclamation Sdn. Bhd. (CWR), usaha sama antara Air Selangor (60%) dan Indah Water Konsortium Sdn. Bhd. (IWK) (40%).

Untuk maklumat lanjut tentang Air Selangor, sila layari www.airselangor.com

#AirSelangor