Posted on

Naik Taraf Pusat Perhubungan Pelanggan Air Selangor

Pusat Perhubungan Pelanggan Air Selangor telah dinaik taraf sepenuhnya dan kami amat teruja untuk memberikan kualiti pengalaman pelanggan yang lebih baik kepada anda.

Jika anda memerlukan sebarang bantuan atau pertanyaan, sila hubungi Pusat Panggilan 15300, atau boleh juga disalurkan ke ‘Help Centre’ melalui laman sesawang www.airselangor.com atau Aplikasi Air Selangor. Ianya mudah dan tindakan segera akan diambil berdasarkan maklumat tepat yang anda berikan.

Sehubungan dengan itu juga adalah dimaklumkan bahawa saluran aduan dan pertanyaan melalui e-mel wecare@airselangor.com, SMS dan Aplikasi WhatsApp telah ditamatkan.

Setiap penambahbaikan ini bertujuan untuk memberikan keselesaan kepada anda terutamanya untuk membuat pertanyaan dan aduan dengan lebih berkesan, tepat dan bersasar. Kami di sini sentiasa bersedia membantu anda.

#AirSelangor #KitaJagaAir

Tags:

Help Centre