Posted on

Pandai Launch at SMK Taman Medan

Air Selangor terus memperkukuh komitmen pelaburan komunitinya menerusi inisiatif Sesama Mara dengan meneruskan kerjasama dengan Pandai Education Sdn Bhd (Pandai App) melalui Program Memperkasakan Pembelajaran Dalam Talian, menyediakan akses langganan Pandai Premium.

Program ini menyediakan akses langganan Pandai Premium kepada pelajar calon SPM dan kini telah memasuki tahun ketiga tahun ini, yang telah memberi manfaat kepada 675 pelajar SPM daripada golongan B40. Tahun ini, sejumlah 260 pelajar dari SMK Taman Medan, SMK Seri Gombak, SMK Seri Pantai, SMK Taman Kosas, SMK Shah Alam serta pelajar dari Rumah Kanak-kanak Triniti Childrens Home (Petaling Jaya), Rumah Bakti Al-Kausar (Bangi) dan Pertubuhan Kebajikan Ehsan Ash-Shakur (Rawang) dan juga anak-anak warga kerja Air Selangor dari kalangan B40 telah menerima akses langganan Pandai Premium.

Aplikasi pembelajaran digital Pandai Premium membolehkan pelajar mengakses pelbagai soalan latihan, ujian, dan nota bagi membantu persediaan peperiksaan SPM mereka.

Inisiatif ini mencerminkan komitmen Air Selangor untuk menyumbang kepada pembangunan masyarakat melalui pendidikan di seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Untuk info lanjut mengenai Sesama Mara, layari laman sesawang Air Selangor di https://www.airselangor.com/sesamamara/.