Posted on

Penaiktarafan Pusat Panggilan Air Selangor 15300

Air Selangor ingin memaklumkan bahawa saluran aduan dan pertanyaan berikut akan ditamatkan mulai 1 Julai 2021: 1. e-mel wecare@airselangor.com 2. SMS 3. Aplikasi WhatsApp

Usah bimbang, kerana anda akan merasai perubahan pengalaman perkhidmatan pelanggan menerusi pelaksanaan inisiatif dan naik taraf dua saluran interaksi pelanggan Air Selangor.

Hubungi Pusat Panggilan 15300 Panggilan anda akan dijawab dalam tempoh 30 saat selepas sistem Interactive Voice Response (IVR) kerana kami telah menambah bilangan pegawai pusat panggilan.

Saluran Dalam Talian ‘Help Centre’ Aduan dan pertanyaan boleh juga disalurkan ke ‘Help Centre’ pada laman sesawang www.airselangor.com dan Aplikasi Air Selangor. Caranya sangat mudah, hanya pastikan anda memberi maklumat yang tepat untuk tindakan segera.

Yang pasti, penambahbaikan ini akan memberi keselesaan kepada pelanggan membuat aduan dan pertanyaan dengan lebih berkesan, tepat dan bersasar.

Kongsikan maklumat ini dengan rakan-rakan anda yang tinggal di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

#AirSelangor #JoyInEveryDrop

Tags:

Help Centre