Disiarkan pada

Penaiktarafan Sistem Perhubungan Pelanggan Air Selangor Bermula 1 Julai 2021 – 26 Jun 2021

Dalam usaha untuk meningkatkan pengalaman perkhidmatan pelanggan yang terbaik, pelaksanaan inisiatif dan menaik taraf komunikasi pelanggan akan dilaksanakan bermula 1 Julai 2021.

Pertama, Pusat Panggilan 15300 telah menambah bilangan pegawai pusat panggilan yang akan menjawab panggilan pelanggan dalam tempoh 30 saat selepas sistem Interactive Voice Response (IVR). Teknologi Proses Automasi Robotik juga digunakan bagi mempercepatkan proses pengurusan aduan, pemantauan serta tindakan susulan sehingga aduan/pertanyaan diselesaikan.

Kedua, aduan dan pertanyaan boleh disalurkan ke ‘Help Centre’ di laman sesawang www.airselangor.com dan Aplikasi Air Selangor.

Sehubungan dengan itu juga, perkhidmatan aduan dan pertanyaan melalui e-mel wecare@airselangor.com, SMS dan Aplikasi WhatsApp akan ditamatkan.

Diharapkan penambahbaikan dan inisiatif-inisiatif yang dilaksanakan ini akan memberi keselesaan kepada pelanggan bagi membuat aduan dan pertanyaan dengan lebih berkesan dan efektif.

______________

In our efforts towards delivering the best customer service experience, several initiatives as well as customer communication upgrades will be implemented beginning 1 July 2021.

Firstly, the 15300 Call Centre has increased the number of call centre officers who will answer customer calls within 30 seconds after the Interactive Voice Response (IVR). The Robotic Process Automation technology is also used to speed up the process of complaint management, monitoring and follow-ups.

Secondly, complaints and enquiries can be channeled via the Help Centre at www.airselangor.com and the Air Selangor Application.

As such, complaint and enquiry service via wecare@airselangor.com e-mail, SMS and WhatsApp Application will be terminated.

It is our hope that the improvements and implementation of these initiatives will provide convenience to our customers to file complaints and enquiries in a efficient and effective manner.

#AirSelangor #JoyInEveryDrop