Disiarkan pada

Pengalaman Perkhidmatan Pelanggan Yang Lebih Baik Bermula 1 Julai 2021 – 1 July 2021

Alami pengalaman perkhidmatan pelanggan yang lebih baik bermula 1 Julai 2021.

Hubungi Pusat Panggilan 15300 dan panggilan anda akan dijawab dalam tempoh 30 saat selepas penggunaan Interactive Voice Response (IVR) kerana kami telah menambah bilangan pegawai pusat panggilan.

Aduan dan pertanyaan juga boleh disalurkan ke ‘Help Centre’ di laman sesawang www.airselangor.com dan Aplikasi Air Selangor. Caranya sangat mudah, hanya pastikan maklumat yang anda berikan tepat untuk tindakan segera.

Air Selangor juga ingin memaklumkan saluran aduan dan pertanyaan berikut telah ditamatkan bermula 1 Julai 2021: 1. e-mel wecare@airselangor.com 2. SMS 3. Aplikasi WhatsApp

Yang pasti, penambahbaikan ini akan memberi keselesaan kepada pelanggan untuk membuat aduan dan pertanyaan dengan lebih berkesan, tepat dan bersasar.

Kongsikan maklumat ini dengan rakan-rakan anda yang tinggal di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

#AirSelangor #JoyInEveryDrop