Disiarkan pada

Program Box of Hope – Deepavali 2021

Air Selangor telah berkongsi kegembiraan dengan menyerahkan sumbangan barangan keperluan sempena sambutan perayaan Deepavali kepada tiga rumah kebajikan iaitu Pertubuhan Kebajikan Agathian Malaysia, Sai Pandian Orphanage Children Home dan Pertubuhan Kebajikan Yesuvin Mahligai Selangor. Sumbangan ini telah memberi manfaat kepada 103 anak-anak kurang bernasib baik dan warga emas yang mendiami rumah pertubuhan kebajikan ini.

Kesemua rumah kebajikan ini telah menerima sumbangan seperti barangan makanan, barangan penjagaan harian dan barangan keperluan rumah. Bagi anak-anak yatim yang mendiami rumah-rumah kebajikan ini, mereka turut menerima barangan keperluan sekolah bagi sesi pembelajaran fizikal yang kini telah bermula. Kami turut mengambil inisiatif membaiki paip air dalaman dan kerosakan di dua rumah kebajikan tersebut.

Kami berharap agar bantuan yang dihulurkan ini sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan beban perbelanjaan rumah-rumah kebajikan ini dalam menjaga kebajikan golongan yang kurang bernasib baik terutamanya semasa menyambut perayaan.

______________

Air Selangor shared their joy in conjunction with Deepavali by delivering essential items to three welfare homes which are Pertubuhan Kebajikan Agathian Malaysia, Sai Pandian Orphanage Children Home and Pertubuhan Kebajikan Yesuvin Mahligai Selangor. The contributions had benefited 103 less fortunate children and senior citizens of the welfare homes.

All these welfare homes received contributions such as food items, daily care essentials as well as household items. For the orphans of these welfare homes, they also received basic school essentials as physical classroom learning has started. We had also taken the initiative to repair the internal piping system as well as some defects at two of the welfare homes.

We hope that the assistance given would be able to assist in reducing the financial burden of these welfare homes in caring for those in need especially during the festive season.

#AirSelangor #JoyInEveryDrop #SetiapTitisBermakna