Posted on

Program Pemasangan Pili Cekap Air

Program Pemasangan Pili Cekap Air anjuran Air Selangor telah dirasmikan oleh EXCO Agama Islam & Pembudayaan Inovasi Negeri Selangor, YB Tuan Dr. Mohammad Fahmi Bin Ngah bagi meningkatkan penjimatan air di masjid-masjid sekitar Selangor.

Program ini menyasarkan penjimatan air secara meluas dengan melibatkan orang ramai terutamanya komuniti masjid untuk meningkatkan kecekapan penggunaan air dalam pelbagai aktiviti yang melibatkan penggunaan air. Selain memupuk amalan penggunan air yang mampan, progam ini juga bertujuan mempromosikan produk cekap air yang dapat mengurangkan kos bil air yang ditanggung oleh setiap pelanggan.

Sebanyak 556 pili cekap air telah dipasang bagi menggantikan pili sedia ada di kesemua lapan masjid yang terlibat. Purata penjimatan air bagi setiap masjid untuk sebulan yang telah direkodkan adalah sebanyak 141 meter padu (m³) atau bersamaan dengan 141 ribu botol air satu (1) liter. Penjimatan ini membolehkan setiap masjid mencatat anggaran purata kos penjimatan setahun sebanyak RM981.36.

Tags:

Engagement